Monday, 21 November 2016

Bang Ngah

Selepas 27 tahun Kak Ngah kembali kerahmatullah, Bang Ngah menyusul pada tanggal 19 November 2016. Walaupun doktor memberi tempoh 6 bulan jangka hayat setelah disahkan kanser hati tahap 4 pada Oktober lepas, namun Allah menjemputnya dalam tempoh dua bulan saja. Ketentuan Allah sudah pastinya yang terbaik.

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

Bersemadilah dengan aman dan damai Bang Ngah. Semoga Allah jadikan kubur itu salah satu taman Syurga dan diselamatkan dari segala azabnya. Kami yang tinggal akan menyusul satu hari nanti. Tidak sesaat cepat mahupun sesaat lewat. Janji Allah itu pasti.

Innalillahi wainnailaihirojiun...