Wednesday, 22 July 2015

Cerita Lepas Raya

Sunyi jabatan pada hari ini. Empat orang staf masih bercuti raya. Mungkin tak puas beraya walau cuti enam hari. Biasanya cuti semua orang nak panjang. Waktu bekerja semua nak cepat balik. Gaji kita dibayar untuk apa sebenarnya. Patutlah kakitangan kerajaan seringkali disindir sinis. Kerja sikit cuti banyak. Kerja tak ada kualiti. Ada benarnya tapi perlu tapis bila berkata-kata. Bukan semua kakitangan kerajaan malas belaka ataupun suka curi tulang. Semoga kita sama-sama diberi hidayah oleh Allah SWT supaya sentiasa jujur dan ikhlas semasa bertugas untuk menghalalkan gaji yang diterima setiap akhir bulan supaya hidup lebih berkat.

No comments:

Post a Comment