Friday, 31 July 2015

Apa-apa je lah

Rasa macam nak tulis macam-macam tapi khuatir jadi jenayah. Everything can be considered a crime if not favouring whoever not favoured.

Friday, 24 July 2015

Cerita Lepas Raya 2

Cuti Raya 8 hari. Balik kerja macam sudah lupa apa kerja yang perlu dibuat. Sembang sana borak sini. Keluar ke tandas, terima panggilan peribadi, buat panggilan peribadi, belek telefon bimbit, ber-Whatsapp... kerjanya bila? Jam sudah menunjukkan 4.30petang. Jom balik. Jadi, hari ini gaji dibayar untuk apa? Adakah ia "halalan toyyiban'?
Bilakah senario ini akan berubah? Berilah kami HidayahMu ya Allah, supaya kami dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan sempurna...Aamiin.

Wednesday, 22 July 2015

Cerita Lepas Raya

Sunyi jabatan pada hari ini. Empat orang staf masih bercuti raya. Mungkin tak puas beraya walau cuti enam hari. Biasanya cuti semua orang nak panjang. Waktu bekerja semua nak cepat balik. Gaji kita dibayar untuk apa sebenarnya. Patutlah kakitangan kerajaan seringkali disindir sinis. Kerja sikit cuti banyak. Kerja tak ada kualiti. Ada benarnya tapi perlu tapis bila berkata-kata. Bukan semua kakitangan kerajaan malas belaka ataupun suka curi tulang. Semoga kita sama-sama diberi hidayah oleh Allah SWT supaya sentiasa jujur dan ikhlas semasa bertugas untuk menghalalkan gaji yang diterima setiap akhir bulan supaya hidup lebih berkat.